Friday, January 25, 2019

SURAH 112

PENGENALAN

Surah al-Ikhlas adalah tentang tauhid dan serangan kepada tauhid adalah dari dalam dan luar. Serangan dari luar disentuh dalam Surah al-Falaq dan serangan dari dalam disentuh dalam Surah an-Nas. Oleh itu, ketiga-tiga surah ini ada kaitan (sebab itu dikenali sebagai tiga Qul).

ASBABUN NUZUL SURAH AK-IKHLAS

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, al-Hakim dan Ibnu Khuzanah dari Abul 'Aliyah yang bersumber dari Ubay bin Ka'ab. Diriwayatkan pula oleh ath-Thabarani dan Ibnu Jarir yang bersumber dari Jabir bin 'Abdillah bahawa kaum musyrikin meminta penjelasan tentang sifat-sifat Allah kepada Rasulullah saw dengan berkata, "Jelaskan kepada kami sifat-sifat Rabb-mu." Ayat al-Ikhlas 1-4 ini turun berkenaan dengan peristiwa tersebut sebagai tuntutan untuk menjawab permintaan kaum musyrikin.

Menurut as-Sayuthi kata al-musyrikiin (kaum musyrikin) dalam hadis yang bersumber dari Ubay bin Ka'ab adalah kaum musyrikin dari kaum Ahzab. Dengan demikian dapat dipastikan Madaniyyah sesuai dengan hadis Ibnu 'Abbas. Jadi tidak ada pertentangan antara dua hadis diatas. Hal ini diperkuat pula oleh riwayat Abusy Syaikh di dalam kitab al-'Azhamah dari Aban yang bersumber dari Anas yang meriwayatkan bahawa Yahudi Khaibar menghadap Nabi saw dan berkata : "Hai Abu Qasim. Allah menjadikan malaikat dari cahaya hijab, Adam dari tanah hitam, iblis dari api yang menjulang, langit dari asap dan bumi dari buih air. Cubalah terangkan kepada kami tentang Rabb-mu."

Rasulullah saw tidak menjawab sehingga turunlah Jibril membawa wahyu iaitu surah ini (al-Ikhlas 1-4) yang melukiskan sifat-sifat Allah.



AYAT 1

Katakanlah (wahai Muhammad) : (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

AYAT 2

"Allah Yang mengjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

AYAT 3

"Ia tiada beranak dan Ia pula tidak diperanakkan;

AYAT 4


"Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya".